Padan muka… Gara-gara jilat tandas kini disahkan positif Covid-19
Aksi tak masuk akal gara-gara sahut ‘cabaran Covid-19’ seorang lelaki disahkan positif virus itu.
Semakin hilang akal dan pertimbangan bagi sesetengah orang yang sengaja cari pasal semata-mata mahu sahut “cabaran Covid-19”.
Padahnya seorang lelaki disahkan positif virus itu kerana menyahut cabaran dengan menjilat tempat duduk tandas.
Aksi influencer dikenali sebagai Larz berusia 21 tahun dari Beverly Hills itu dirakam menggunakan aplikasi TikTok menunjukkan dia berjalan memasuki sebuah tandas kemudiannya mendekatkan mulutnya di sekitar mangkuk tandas, sebelum menjilatnya.
Dan kini dia dilaporkan terlantar sakit di hospital kerana dijangkiti covid-19.
Menurut laporan Mirror.co.uk, lelaki berkenaan sedang menerima rawatan.
“Anda mungkin ingat mereka yang lain, ia juga berlaku di Amerika, sebagai cabaran koronavirus, masuk ke tandas dan menjilat mangkuk tandas.
“Saya fikir ia adalah karma, dia dapat Covid-19,” katanya.
Pakar kesihatan mengkritik mereka yang menyahut cabaran itu sebagai satu tindakan amat tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini seorang wanita yang memulakan aksi cabaran dengan menjilat tempat duduk tandas dalam sebuah pesawat.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]