Comel… Gelagat 2 ekor koala bergaduh atas pokok curi perhatian

Koala sememangnya diketahui sebagai haiwan comel dan ia hanya boleh didapati di Australia sahaja.

Namun mesti ramai yang tidak tahu macam mana suara sebenar koala bukan?

Malah anda juga tidak dapat melihat haiwan ini dengan jarak yang dekat kerana koala bukan haiwan untuk dibela.

Menerusi posting @purrrfectgifts di Twitter, dia berkongsi satu video comel dimana 2 ekor koala sedang bergaduh di atas pokok sehingga terjatuh.

Salah satu daripada koala ini sedang memanjat pokok, tidak lama selepas itu seekor lagi menolak koala tadi sehingga jatuh.

Anda boleh tengok video ini macam mana suara koala selepas ditolak oleh “rakannya”.

Ada yang kata suara koala ni seakan-akan suara ayam ada pula yang kata macam suara bayi.

Rata-rata netizen lain juga baru tahu macam mana suara sebenar seekor koala.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]