Covid-19: Jalan, pintu masuk utama ke PJ ditutup

Persiaran Sg Buloh.

PETALING JAYA: Polis Petaling Jaya mengambil langkah menutup beberapa jalan utama ke daerah itu sebagai sebahagian daripada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bertujuan membendung penularan jangkitan Covid-19.

Dalam siaran di Facebook malam tadi, jalan utama yang akan ditutup bermula jam 8 pagi ini ialah Jalan Persiaran Mahogani Seksyen 9, Jalan Persiaran Jati Seksyen 8, dan Jalan Persiaran Sg. Buloh, yang terletak di sekitar kawasan Kota Damansara.

FMT dimaklumkan Jalan Gasing yang bersempadan dengan Kuala Lumpur juga ditutup.

Persiaran Mahogani Seksyen 9.

Penduduk yang tinggal di Kota Damansara dan Jalan Gasing hanya dibenarkan masuk ke kawasan masing-masing untuk membeli barangan penting.

Bagaimanapun, hanya seorang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar pada satu-satu masa.

Persiaran Jati Seksyen 8.

Sekatan ini akan berkuatkuasa sehingga berakhirnya PKP pada 14 April.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan menyenaraikan daerah Petaling Jaya sebagai kawasan Zon Merah yang mempunyai angka kes positif Covid-19 tinggi di Selangor.