Sabah had operasi stesen minyak dari 6 pagi hingga 2 petang

Had waktu operasi stesen minyak di Sabah itu berkuat kuasa serta-merta sepanjang perintah kawalan pergerakan sehingga 14 Apr ini.

KOTA KINABALU: Semua stesen minyak di Sabah hanya dibenarkan beroperasi mulai 6 pagi hingga 2 petang sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga 14 Apr ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Safar Untong.

Beliau dalam kenyataan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Pusat Perintah Covid-19 Sabah hari ini dan ketetapan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

“Bagaimanapun, tambahan masa dari 2 petang hingga 6 petang dibenarkan khusus untuk pembekalan petrol dan diesel kepada kenderaan yang membawa barangan penting atau operasi perkhidmatan penting saja,” katanya.