BNM nafi dakwaan pembayaran melalui kad ditangguh hingga PKP tamat

Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Hospital Segamat, Johor menafikan dakwaan tentang penggunaan wad di hospital itu bagi menempatkan pesakit Covid-19 walaupun ia diwartakan sebagai hospital saringan dan untuk pesakit bukan-Covid-19.

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan bahawa pembayaran melalui kad dibekukan bagi perniagaan bukan-perlu mulai 27 Mac sehingga perintah kawalan pergerakan (PKP) tamat.

Penafian itu termasuk dalam senarai baru berita palsu yang tular di media sosial dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedai hari ini melibatkan agensi bertanggungjawab berkait wabak Covid-19.

Dalam satu kenyataan ia berkata, pihak Hospital Segamat, Johor juga menafikan dakwaan tentang penggunaan wad di hospital berkenaan bagi menempatkan pesakit Covid-19 walaupun ia diwartakan sebagai hospital saringan dan untuk pesakit bukan-Covid-19.

Kementerian itu juga menyebut, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan posting berkaitan penjualan pakaian bundle milik orang yang telah meninggal dunia akibat Covid-19