Jepun gantung kemudahan visa 11 negara termasuk Malaysia elak Covid-19

Jepun gantung visa 11 negara termasuk Malaysia dan Indonesia supaya dapat halang Covid-19. (Gambar AP)

Bukan sahaja di Malaysia tetapi saat ini seluruh dunia sedang berjuang melawan penyebaran wabak Covid-19.

Seperti yang semua sedia maklum kebanyakan negara telah menutup sempadan seperti Australia.

Dan terbaru, kerajaan Jepun telah memutuskan untuk gantung visa ketibaan bagi 11 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika bagi mengelak penularan wabak Covid-19 yang membimbangkan ramai pihak.

Difahamkan 750,000 visa yang digantung dari negara Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Vietnam, Israel, Qatar, Bahrain, Republik Demokratik Congo dan juga Malaysia.

Untuk pengetahuan, sebelum ini kerajaan Jepun telah gantung visa di 40 negara termasuk China, Korea, Iran, Arab Saudi dan Eropah.

Sepatutnya pembatalan visa di China dan Korea akan berakhir pada penghujung Mac tetapi dilanjutkan sehingga ke akhir bulan April.

Pastinya ini salah satu inisiatif yang diambil oleh kerajaan Jepun untuk pastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung dalam negara matahari terbit itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]