Penumpang penerbangan dari Doha ke Pulau Pinang diminta jalani ujian Covid-19

Sehingga kini terdapat 86 kes positif Covid-19 dengan 1 kematian di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN: Pihak berkuasa kesihatan mengarahkan penumpang penerbangan jarak jauh dari Doha ke Pulau Pinang pada Khamis melaporkan diri kepada Jabatan Kesihatan Negeri untu kenjalani ujian saringan Covid-19.

Dalam nota “Amaran Covid-19” di Facebook malam tadi, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang berkata, penumpang penerbangan QR866 Qatar Airways yang tiba pada pukul 2 petang 19 Mac lepas diminta menghubungi talian 04-281-8900 serta-merta.

Sehingga kini terdapat 86 kes positif Covid-19 dengan 1 kematian di Pulau Pinang. Di seluruh negara, 2,320 kes positif virus itu dicatatkan dengan angka kematian mencecah 27 semalam.