Polis India pakai topi keledar Covid-19 untuk pupuk kesedaran

Topi keledar berbentuk virus yang digunakan oleh polis di India diharap dapat beri kesedaran kepada masyarakatnya bahaya Covid-19. (Gambar Twitter)

Pelbagai yang dilakukan oleh pihak berkuasa termasuk kerajaan sebagai usaha memberi kesedaran kepada orang ramai bahayanya wabak Covid-19.

Di India, seorang artis bekerjasama dengan pihak polis dengan menghasilkan topi keledar berbentuk virus Covid-19.

Juga dikenali sebagai topi keledar “Corona”, ia kini turut dipakai oleh anggota polis khususnya yang bertugas dalam sekatan jalan raya.

“Orang ramai dalam jumlah yang besar belum menganggap ia sebagai wabak yang serius.

“Saya dapat idea ini dan menggunakan topi keledar rosak dan kertas,” ujar Gowtham, artis yang mereka aksesori itu seperti yang dilaporkan India Today.

Kata Inspektor Rajesh Babu, pendekatan itu ternyata membawa perubahan positif dalam menanam kesedaran buat orang ramai.

“Kita ambil semua langkah tapi orang masih keluar. Dengan topi keledar Corona, kita mahu mereka tahu bahawa ini wabak yang serius.

“Apabila saya pakai, orang ramai akan terbayang mengenai Covid-19.

“Kanak-kanak misalnya, terus ajak balik rumah lepas lihat topi keledar ini,” katanya lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]