Sayu… Ayah mengalir airmata lihat anak lelakinya disahkan positif Covid-19

Remaja lelaki disahkan positif Covid-19 kelihatan sebak malah ayahnya sendiri turut mengalirkan airmata. (Gambar Facebook)

Seorang remaja lelaki di Simpang Renggam, Johor disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri rewang sebuah kenduri.

Namun sayunya apabila dia dijemput oleh pihak hospital dengan ambulans di rumah tanpa boleh ditemani sesiapa pun ahli keluarganya.

Tular video di media sosial di saat lambaian ayahnya yang turut mengalirkan airmata tatkala melihat anak bujangnya dibawa pergi.

Tambah menyedihkan, perginya cuma berseorangan tanpa seorang pun waris dibenar menemani.

Cuma lambaian keluarga mengiringi, sambil berpesan di balik tingkap “Nanti telefon ayah ya Wan.”

Perkongsian melalui sepupunya mungkin dia dijangkiti ketika kenduri atau di surau Simpang Renggam, Johor. (Gambar Facebook)

Dalam rakaman tersebut, seorang remaja lelaki bertopeng muka dilihat membawa baldi dan beg berisi barangan keperluannya sebelum menaiki ambulans sambil diperhatikan seorang petugas kesihatan.

Suara tangisan ahli keluarga lain yang tidak dapat menahan kesedihan, turut kedengaran dengan jelas.

Tambah menyedihkan, mangsa turut dilihat menyeka air matanya sewaktu keluar dari rumah sehinggalah berada di dalam ambulans.

Difahamkan, kejadian berlaku di Bandar Baru Ibrahim Majid, di Simpang Renggam, Johor.

Posted by Mohd Noorkhezan Bin Hamid on Saturday, March 28, 2020

Video tersebut kini telah mendapat hampir 2.1 juta tontonan dan 90,000 perkongsian di laman Facebook milik sepupunya.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen, turut tersentuh dan mengalirkan air mata sambil mendoakan mangsa diberikan kesembuhan serta-merta.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]