Syed Saddiq sahkan kes kecurian, nafi wang milik PPBM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan kejadian curi di rumahnya, namun tidak dapat mengesahkan sebarang butiran atau spekulasi sehingga “siasatan selesai”, susulan laporan mendakwa ia melibatkan wang, berjumlah RM250,000, milik PPBM.

Beliau berkata satu laporan polis sudah dibuat berhubung kecurian itu, dan polis membuat siasatan di rumah sejak semalam.

“Laporan media RM250,000 tersebut merupakan wang PPBM tidak benar dan anggaran kecurian masih belum dapat disahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita tidak sahih.

“Sila rujuk pada laporan polis yang telah dibuat,” tambahnya.