5 contoh kes kegagalan kerajaan kawal penyakit berjangkit

Proses sanitasi selepas virus menyerang Korea Selatan. (Gambar AP)

Sebagai sebuah kerajaan yang cekap pasti akan segera mengambil langkah proaktif sebaik sahaja mengetahui negaranya sedang dilanda wabak penyakit berjangkit yang merbahaya.

Tetapi jika kerajaan gagal tanganinya dengan segera sudah pasti kerajaan itu akan dicemuh dan dituduh tidak cekap mengendalikannya.

Seperti dalam kes Covid-19, ia dikatakan bermula di Wuhan, China dan menurut sumber, walaupun kerajaan China mengetahui akan hal ini, namun mereka menyembunyikan kebenaran dan menghalang ia daripada bocor kepada dunia luar.

Dr. Li Wenliang yang cuba memberitahu dunia akan virus baru ini dipaksa untuk menandatangani surat oleh polis menyatakan bahawa beliau membuat kenyataan palsu.

Akibatnya, wabak ini tersebar ke seluruh dunia dan berpuluh ribu nyawa yang terkorban.

Antara wabak penyakit yang membelenggu kerajaan kerana gagal tanganinya:

1. MERS di Korea Selatan

Selepas epidemik MERS bermula di Korea Selatan pada tahun 2015, pentadbiran Park Geun-hye dituduh kerana gagal mengendalikan krisis itu.

Para pakar mengkritik ketidaktelusan pihak berkuasa dan amalan menghantar pesakit-pesakit yang disyaki dari hospital ke hospital lain sebelum dikuarantin.

Tindakan ini membuatkan para pegawai kesihatan dan orang ramai berada dalam keadaan yang lebih berisiko.

Sesetengah pula mengkritik kegagalan kerajaan untuk mewujudkan kemudahan terpusat bagi menumpukan perhatian kepada pesakit yang dijangkiti, yang akan menjadi lebih cekap dan kurang cenderung menyebabkan penyebaran penyakit ini.

Ramai juga yang menyuarakan kemarahan disebabkan oleh keengganan kerajaan untuk mendedahkan nama hospital-hospital yang merawat mereka yang dijangkiti sekaligus meningkatkan ketakutan dan khabar angin di internet.

Ini didakwa dilakukan untuk membantu hospital mengelakkan kerugian dari segi pendapatan jika orang ramai tahu mereka merawat pesakit MERS.

Penyakit kolera yang tercetus menyebabkan 4,000 orang di Zimbabwe maut. (Gambar AP)

2. Kolera di Zimbabwe

Ketika ketegangan politik antara parti pemerintah ZANU-PF dan parti pembangkang MDC menyebabkan keganasan berlaku di jalanan, wabak kolera meletus di Zimbabwe pada tahun 2008.

Pada awalnya pihak kerajaan cuba untuk membuatkan penyebaran penyakit itu kelihatan seperti tidak serius, yang mana didakwa oleh Robert Mugabe sebagai sebahagian daripada rancagnan Barat untuk menceroboh dan menggulingkan kerajaannya.

Beberapa jam selepas Afrika Selatan mengisytiharkan zon sempadannya dengan Zimbabwe sebagai kawasan bencana, Mugabe mengumumkan bahawa penyakit itu masih terkawal.

Dakwaan ini dinafikan oleh pegawai kesihatan dunia yang mengadu bahawa presiden Zimbabwe itu telah menghalang satu pasukan pakar Perancis dari mendarat di negara ini.

Namun, negara ini kemudiannya mula meminta bantuan kerana industri kesihatan mereka tidak lagi dapat menampung wabak itu.

Malah, menteri kesihatan Zimbabwe David Parirenyatwa akhirnya mengaku bahawa hospital pusat mereka langsung tidak berfungsi.

Akhirnya penyakit ini membunuh lebih daripada 4,000 orang di Zimbabwe.

Virus Nipah yang menyerang Malaysia membuatkan penternak babi kerugian teruk. (Gambar AP)

3. Virus Nipah di Malaysia

Satu wabak yang baru muncul pada September 1998 di negeri Perak iaitu paramyxovirus Nipah di negeri Perak pada mulanya diandaikan oleh kerajaan sebagai wabak ensefalitis Jepun, yang merupakan endemik di Malaysia dan disebarkan oleh nyamuk,.

Wabak ensefalitis Jepun ini memberi kesan terutamanya kepada kanak-kanak.

Sebaliknya, virus Nipah ini menyebabkan ensefalitis febrile teruk di kalangan penternak babi dan disebarkan oleh kelawar buah kepada babi dan kemudiannya kepada manusia melalui najis kelawar yang mendarat dalam makanan babi.

Ia berlaku mungkin disebabkan oleh penghijrahan kelawar buah-buahan ke kebun-kebun akibat kegagalan buah di hutan yang disebabkan oleh El Nino dan pembakaran manusia

Percubaan awal kerajaan Malaysia untuk mengawal apa yang disangkakannya ensefalitis Jepun melalui penyebaran fogging dan vaksinasi besar-besaran tidak memberi kesan kepada penyebaran penyakit ini.

Apabila kes dilaporkan di rumah penyembelihan di Singapura pada bulan Mac 1999, negara itu mengharamkan import babi Malaysia dan mengawal wabak kecil ini.

Wabak penyakit di Malaysia akhirnya dikawal dengan pemusnahan lebih daripada sejuta ekor babi, manakala orang yang terlibat dinasihatkan supaya melakukan langkah pencegahan seperti menggunakan perlindungan seperti topeng, basuh tangan selepas mengendalikan haiwan dan babi yang dijangkiti, dan membasuh sangkar serta kenderaan untuk mengangkut haiwan dengan sabun dan air.

AIDS yang mula tercetus di AS pada 1981 sekaligus mengubah corak kehidupan masyarakat dunia. (Gambar AP)

4. AIDS di Amerika Syarikat

Sesetengah menyalahkan presiden Ronald Regan ke atas epidemik AIDS pada tahun 1980-an di Amerika Syarikat.

Ketika kes pertama muncul pada tahun 1981, pihak berkuasa menyedari bahawa situasi krisis sedang bermula.

Namun tindakan yang perlahan oleh kerajaan persekutuan membawa kepada kelewatan penyelidikan HIV / AIDS kerana kekurangan pembiayaan dan tidak ada usaha yang dilakukan untuk membangunkan program untuk mengawal atau mencegah jangkitan.

Kemungkinan besar ini disebabkan oleh mangsa awal terdiri daripada lelaki homoseksual.

Sehingga tahun 1987, barulah Ronald Reagan bercakap tentang AIDS secara umum, selepas 59,572 kes AIDS dilaporkan dan 27,909 kematian.

Sementera itu, diskrimnasi terhadap golongan homoseksual telah menghalang kerja-kerja yang penting.

Senator Jesse Helms dari North Carolina meminda rang undang-undang peruntukan persekutuan untuk melarang program pendidikan AIDS yang “menggalakkan atau mempromosikan aktiviti homoseksual,” untuk menghalang lelaki gay daripada diajar bagaimana untuk melakukan seks sejenis yang selamat.

Ada yang berpendapat bahawa keputusan politik Reagan tidak dipengaruhi oleh agama dan kurangnya tindakan darinya adalah untuk kepentingan politiknya.

Sikap sinis dan kejahilan ini akhirnya menyebabkan kematian berpuluh-puluh ribu orang di negara itu.

5. Meningitis di Zambia

Selepas meletusnya wabak meningitis meningokokal di Sekolah Menengah Kabompo di Wilayah Utara-Barat, Zambia, pada bulan Jun 2015, 3 pelajar maut dan 3 lagi dimasukkan ke hospital.

Tindak balas yang lambat oleh kerajaan untuk menyebarkan maklumat yang tepat membawa kepada histeria, kerana beberapa pelajar mendakwa penyakit itu disebabkan oleh ilmu sihir.

Dalam kerusuhan yang melibatkan pelajar dan anggota masyarakat setempat pada 4 Julai, harta sekolah rosak dan ibu bapa mengeluarkan anak-anak mereka dari sekolah serta mendakwa sekolah itu perlu “dibersihkan.”

Kenyataan yang bercanggah dari Kementerian Kesihatan dan Pendidikan memperlihatkan bahawa komunikasi yang teruk menjadi faktor kepada kekacauan itu.

Pada 8 Julai, Menteri Kesihatan Joseph Kasonde memberitahu pemberita bahawa sekolah itu telah ditutup selama dua minggu, tetapi jurucakap Kementerian Pendidikan, Hillary Chipango berkata sekolah itu tidak ditutup, tetapi kerana para pelajar enggan hadir.

Para pengkritik kerajaan telah menyalahkan salah faham oleh kedua-kedua kementerian ini yang mana boleh dirawat dengan antibiotik dan mudah dicegah.

Malah, ia juga boleh menghalang penyebaran khabar angin tentang sihir yang tersebar.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]