Myanmar lapor kematian pertama Covid-19

Jumlah kes Covid-19 di seluruh dunia melebihi 704,000 pada sehingga Ahad. (Gambar AP)

YANGON: Myanmar pada Selasa melaporkan kes kematian pertama akibat penyakit Covid-19, membabitkan pesakit kanser nasal, lapor agensi berita Anadolu.

Berusia 69 tahun, warga Myanmar itu sebelum ini pernah menerima rawatan di Australia selama sebulan dan kembali ke Yangon pada 14 Mac.

Kementerian Kesihatan dan Sukan berkata beliau meninggal dunia pada Selasa pagi di sebuah hospital di Yangon.