SPRM siasat aduan babit wang dipercayai milik bekas menteri

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat aduan berhubung pemilikan wang tunai “meragukan” dipercayai milik seorang bekas menteri.

Badan anti-rasuah itu menerima aduan berhubung pemilikan sejumlah besar wang dipercayai milik seorang bekas menteri seperti dilaporkan media semalam.

Bagaimanapun SPRM tidak menamakan mana-mana individu dalam kenyataan hari ini.