Terbaik! Disebabkan Covid-19 satu dunia bersatu, pesawat Jerman jadi ICU untuk Itali dan Perancis

Pesawat ICU, Airbus A310 MedEvac untuk bantu Itali serta Perancis dalam menangani krisis wabak Covid-19. (Gambar Twitter)

Itali kini mencatatkan angka kematian tertinggi di dunia dengan akibat wabak Covid-19 iaitu lebih 10,000 kematian.

Keadaan di sana ketika ini dikatakan sudah tidak terkawal dengan hospital dibanjiri pesakit Covid-19 selain mayat yang terlalu banyak.

Prihatin dengan masalah yang dihadapi, kerajaan Jerman mengubah suai pesawat tentera mereka dan dijadikan “wad ICU bergerak” untuk membantu Itali dan Perancis merawat pesakit Covid-19.

Menurut Metro.co.uk, pesawat ICU itu merupakan Airbus A310 MedEvac dan inisiatif itu dilaksanakan untuk membantu Itali serta Perancis dalam menangani krisis wabak Covid-19 ini.

Bahagian dalam pesawat menyaksikan katil disusun dalam 3 barisan dengan setiap satu daripadanya dilengkapi peralatan perubatan. (Gambar Twitter)

44 katil dilengkapi peralatan perubatan

Melalui posting yang viral di Twitter, bahagian dalam pesawat itu menunjukkan katil-katil disusun dalam 3 barisan dengan setiap satu daripadanya dilengkapi peralatan perubatan.

Pesawat itu boleh memuatkan 44 katil untuk pesakit yang memerlukan rawatan rapi serta pegawai perubatan.

Pesawat itu boleh memuatkan 44 katil untuk pesakit yang memerlukan rawatan rapi serta pegawai perubatan. (Gambar Twitter)

“Pick up” pesakit dan rawat di Jerman

“Wad ICU bergerak” ini diterbangkan ke Itali dan Perancis untuk mengambil pesakit-pesakit Covid-19 di sana serta dipindahkan ke hospital di Jerman dan akan dirawat di sana.

Awal pagi Isnin, pesawat itu telah pun mendarat di Bergamo, utara Itali dan akan kembali ke Cologne, Jerman dengan membawa 6 pesakit Covid-19.

Setiap katil lengkap dengan semua peralatan yang diperlukan bagi pesakit Covid-19. (Gambar Twitter)

Tidak dinyatakan mengapa 6 pesakit itu dipilih namun semuanya akan dirawat di hospital sekembalinya mereka di Cologne.

Difahamkan, Jerman mempunyai jumlah kes yang agak tinggi iaitunya sebanyak 50,000 kes namun kadar kematian mereka masih rendah iatu sekitar 351 kematian sahaja kerana perkhidmatan kesihatan di sana masih boleh mengawal dan menangani isu Covid-19 ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]