Tidak berperikemanusiaan… Zionis musnahkan klinik sementara pesakit Covid-19 Palestin

Musnah terus khemah sementara yang dibina untuk pesakit Covid-19 gara-gara perbuatan rejim zionis. (Gambar Twitter Palestine Chronicle)

Di saat seluruh dunia sedang berhadapan dengan wabak Covid-19, masih ada yang bersikap zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Itulah yang dilakukan rejim zionis apabila mereka masih lagi meneruskan penindasan terhadap orang Islam di Palestin.

Menurut laporan Palestine Chronicle, rejim Israel bertindak memusnahkan klinik sementara yang dibina khas untuk pesakit Palestin yang dijangkiti Covid-19 yang disifatkan sangat kejam.

Bukan setakat musnahkan malah bahan binaan seperti tiang, batu dan cadar turut dirampas. (Gambar Twitter Palestine Chronicle)

Difahamkan, klinik tersebut masih lagi dalam pembinaan di Tebing Barat.

Selain itu, Israel juga menceroboh sebuah kampung di mana klinik itu ditempatkan.

Rejim zionis ini juga merampas bahan binaan seperti tiang khemah dan batu-bata yang digunakan untuk membina 8 buah khemah untuk klinik sementara itu.

Difahamkan, 8 khemah tersebut masih lagi dalam proses pembinaan di mana 2 daripadanya klinik sementara dan 2 khemah lain sebagai masjid.

Manakala, 4 khemah lagi bakal dijadikan rumah untuk penduduk di situ.

Malah lebih kejam, cadar yang akan digunakan untuk katil pesakit Covid-19 juga turut dirampas.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]