Gara-gara krim tiruan wanita berubah jadi ‘shrek’

Jenni bertukar menjadi hijau seakan-akan ‘shrek’ selepas menggunakan krim tiruan. (Gambar thesun.co.uk)

Memandangkan seluruh dunia sedang melalui perintah berkurung ekoran penularan Covid-19 pelbagai kisah lucu dikongsikan netizen seluruh dunia.

Salah satunya penggunaan krim tiruan.

Kisah ini dikongsikan Jenni Coleman, 35 yang berasal dari bandar Wythenshawe, England hingga membawa padah kepada dirinya gara-gara menggunakan krim tiruan.

Dia yang pada mulanya mahu menggelapkan kulit namun berlaku sebaliknya apabila kulit badannya bertukar warna hijau selepas menggunakan krim dipercayai tiruan.

Katanya dia menggunakan krim itu di seluruh badannya dari kepala hingga kaki tanpa meragui ketulenan barangan tersebut, lapor The Sun.

Bagaimanapun apa yang berlaku sebaliknya apabila keesokan harinya, dia terkejut melihat dirinya bertukar menjadi warna hijau.

Jenni berkata, dia tidak pasti apa yang menyebabkan kejadian itu berlaku dan mungkin daripada penggunaan krim tersebut.

“Saya tak pasti bagaimana berlaku, saya lihat botol itu dan ternyata ia tiruan, palsu.

“Saya tinggal bersama anak perempuan Leah, 17, dan Emily, 14, dan berkali-kali mandi, malah menggunakan krim ‘exfoliant’ dalam usaha menghilangkan warna tersebut,” katanya.

Katanya kisah yang berlaku 4 tahun lepas kini menjadi bahan usikan rakan-rakannya yang mahu dia melakukannya sekali lagi supaya kelihatan seakan ahli sihir di saat semua orang berada dalam rumah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]