Lebih 40,000 kematian Covid-19 di seluruh dunia

Kakitangan perubatan memindahkan seorang pesakit Covid-19 di Strasbourg menggunakan helikopter tentera Perancis untuk diterbangkan ke Switzerland bagi mengurangkan kesesakan di timur negara itu pada Isnin. (Gambar AP)

ANKARA: Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia melebihi 40,000 kes pada Selasa, lapor agensi berita Andolu berdasarkan statistik Universiti Johns Hopkins yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Virus itu yang mula dikesan di Wuhan, China pada Disember tahun lalu, tersebar ke sekurang-kurangnya 179 negara dengan kes positif melepasi 823,000.

Lebih 174,000 pesakit di seluruh dunia pulih daripada jangkitan itu.

Itali, Sepanyol, China dan Iran terus menjadi negara paling teruk terjejas akibat virus itu.

AS melaporkan kes positif paling banyak, iaitu lebih 165,000 kes dengan 3,178 kematian.

Angka korban di Itali tertinggi, iaitu 11,591 orang, diikuti Sepanyol (8,260) dan China (3,309).

Iran mencatatkan 2,898 kematian setakat ini.