Terbaik… Banduan dan pereka terkenal berbakti dengan menyiapkan PPE kepada ‘frontliners’

18 banduan bertungkus-lumus untuk menjahit PPE di bengkel yang disediakan di penjara di Pahang itu.

Apabila seseorang itu bergelar banduan sudah menjadi stigma bagi masyarakat memandang hina terhadap mereka.

Malah ada yang beranggapan banduan penjara tidak mempunyai masa hadapan yang cerah apabila mereka bebas nanti.

Namun siapalah kita hendak menghukum mereka.

Malah di saat seluruh dunia termasuk Malaysia berdepan dengan penularan wabak Covid-19 dan kekurangan bekalan seperi topeng, sanitizer dan kelengkapan Personal Protective Equipment (PPE) menjadi masalah besar kepada barisan hadapan setiap negara.

Salah seorang banduan mencuba PPE yang telah siap

Disinilah banduan banduan Penjara Penor, Kuantan menghulurkan bantuan mereka apabila menolong menjahit kelengkapan PPE untuk “frontliners” Covid-19 seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Difahamkan, mereka mula menyiapkan PPE itu Jumaat lalu setelah diberi taklimat tentang prosedur operasi standard (SOP) dan dapat menyiapkan lebih kurang 20 pasang PPE setiap hari.

Setelah siap, kesemua PPE akan dihantar ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang sebelum diagihkan ke Jabatan Kesihatan Negeri.

Pereka fesyen tempatan Radzuan sasar untuk siapkan 1000 hingga 2000 PPE. (Gambar Facebook)

Untuk pengetahuan anda, banduan Penjara Penor juga pernah diberi kepercayaan untuk menenun persalinan khas Tunku Hajah Azizah Aminah semasa Istiadat Pertabalan Agong tahun lalu.

Sementara itu, salah seorang pereka fesyen tempatan Radzuan Radziwill turut prihatin dengan masalah yang menimpa dan mengambil keputusan untuk membantu “frontliners” dalam menghasilkan PPE.

Menerusi posting di laman Facebooknya, beliau mendapat maklumat mengenai ukuran, jenis kain dan maklumat pembekal melalui salah seorang rakannya yang merupakan seorang doktor yang bertugas di Hospital Serdang.

Ketika ini Radzuan berjaya siapkan 200 pasang PPE yang terdiri daripada jubah luar, topi dan tudung. (Gambar Facebook)

Bahan yang digunakan untuk membuat set PPE ini menggunakan material non-woven dan hospital Serdang dan hospital Sungai Buloh memerlukan 400 helai PPE setiap hari.

Turut dimaklumkan beliau mampu menyiapkan 50 pasang jubah luar PPE setiap hari dan dia memulakan projek itu sejak perintah kawalan dilaksanakan.

Dan sehingga kini lebih 200 pasang sudah disiapkan dan beliau mahu menghasilkan 1,000 atau 2,000 pasang jubah luar, topi dan tudung untuk diberikan kepada petugas yang memerlukan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]