Terima kasih Hisham kerja ‘siang dan malam’, kata Dr M

Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya, Dr Siti Hasmah Ali dalam satu klip video di Twitternya mengucapkan terima kasih kepada kakitangan perubatan dalam memerangi Covid-19.

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad menyuarakan penghargaan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham dan kakitangan perubatan atas usaha mereka dalam memerangi Covid-19.

Bekas perdana menteri itu bersama isterinya, Dr Siti Hasmah Ali, berbuat demikian menerusi satu klip video yang dimuat naik ke Twitternya sempena Hari Doktor Sedunia pada 30 Mac lalu.

“Sekarang ini kita diserang satu wabak dahsyat iaitu Covid-19, wabak ini tidak pernah menyerang kita. Dahulu, wabak-wabak yang lain tidaklah meluas seperti Covid-19 ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Hisham “hampir tidak berhenti-henti menjalankan tugas siang dan malam” untuk memastikan semua tindakan yang perlu diambil pegawainya.

Beliau turut memanjangkan penghargaan itu kepada semua petugas Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini, Hisham dilaporkan berkata, setiap petugas kesihatan di sektor awam mahupun swasta menunjukkan iltizam tinggi dalam usaha melawan Covid-19.

Pakar bedah itu yang diberikan gelaran “wira negara” oleh rakyat di media sosial, bagaimanapun berkata gelaran itu tidak penting bagi dirinya, sebaliknya keutamaan ialah memastikan perkhidmatan KKM yang terbaik untuk rakyat dan negara.