9 jalan di Gombak ditutup, 5 sekatan didirikan
Polis berkata, tindakan proaktif itu bertujuan menyedarkan masyarakat untuk lebih mematuhi PKP.
PETALING JAYA: Polis mengadakan 5 sekatan jalan raya (SJR) dan menutup 9 jalan di sekitar Gombak susulan perintah kawalan pergerakan yang memasuki fasa ke-2 semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Arifai Tarawe dalam kenyataan semalam berkata, tindakan proaktif itu bertujuan menyedarkan masyarakat untuk lebih mematuhi PKP.
Penutupan jalan susur dan simpang akan dibuat secara berperingkat-peringkat di lokasi berikut:
1. Batu 20 Jalan KL – Rawang (Berdekatan May Plastic)
Jalan Alternatif: Jalan Rawang by pass – Templer Park
2. Simpang ke Kundang – Tasik Puteri dari Country Home
Jalan Alternatif: Lebuhraya Latar – Jalan Rawang/Batu Arang – Country Home
3. Susur ke Latar dari Jalan Rawang – Kuala Lumpur
Jalan Alternatif: Jalan Ipoh – Kuala Lumpur (U-turn di KM14/SJR KM14)
4. U-turn Latar dari Rawang – Kuala Lumpur
Jalan Alternatif: Jalan Ipoh – Kuala Lumpur (U-turn di KM14/SJR KM14)
5. U-turn selepas Shell Templer Jalan Rawang – Kuala Lumpur
Jalan Alternatif: Jalan Ipoh – Kuala Lumpur (U-turn di KM14/SJR KM14)
6. Susur naik ke Pejabat Tanah Rawang Jalan Rawang – Kuala Lumpur
Jalan Alternatif: Jalan Ipoh – Kuala Lumpur – Lampu isyarat KM14 – Jalan Selayang Segar
7. Jalan keluar dari Selayang Utama
Jalan Alternatif: Jalan Selayang Utama – Jalan Selayang Jaya – Jalan Selayang Kepong Bypass
8. Simpang ke Kg Selayang Pandan dari Jalan KL – Ipoh
Jalan Alternatif: KM14 Jalan KL – Ipoh – Selayang Jaya
9. Jalan besar Selayang Baru (Sebelum Proton Jalan Ipoh – KL)
Jalan Alternatif: Jalan 2 Selayang Baru – Petron – Pasar Borong – Jalan KL – Ipoh
Berikut sekatan jalan di 5 lokasi:
1. KM14 Jalan KL – Ipoh dari arah Rawang menghala Kuala Lumpur
2. KM14 Jalan KL Ipoh dari arah Kuala Lumpur menghala Rawang
3. Sebelum Plaza Tol Rawang dari arah Rawang menghala Sungai Buloh
4. Sebelum Plaza Tol Gombak dari arah Gombak menghala Bentong
5. Jalan Desa Aman Puri Kepong di Desa Jaya Kepong
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Polis menggesa rakyat mematuhi PKP sepenuhnya dan bersabar dalam mengharungi semua kesulitan ini.