Kes Covid-19 di Malaysia mungkin capai kemuncak tengah April, kata WHO

Malaysia mempunyai jumlah kes positif Covid-19 tertinggi di Asia Tenggara, iaitu 2,908 pesakit setakat ini.

KUALA LUMPUR: Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia dijangka mencapai kemuncak pada pertengahan bulan ini, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini sambil menambah ada petanda kenaikan kes jangkitan akan menurun.

“Berdasarkan data sedia ada, Pejabat Negara WHO menganggarkan Malaysia akan menyaksikan lonjakan dalam kes yang dimasukkan ke hospital pada pertengahan April,” kata Ying-Ru Lo yang mengetuai misi dan wakil WHO ke Malaysia, Brunei serta Singapura kepada Reuters menerusi e-mel.

Beliau berkata, jumlah pesakit kritikal dianggarkan mencapai kemuncak pada minggu depan.

Malaysia mempunyai jumlah kes positif Covid-19 tertinggi di Asia Tenggara, iaitu 2,908 kes setakat ini.