Kreatif… Rakyat Malaysia cipta mesin Virus Buster Nano Spray cegah Covid-19

Virus Buster Nano Spray ini berfungsi sebagai mesin penyembur cecair pembasmi kuman. (Gambar Facebook)

Wabak virus Covid-19 semakin hari dilihat semakin membimbangkan apabila jumlah kes terus mencatatkan peningkatan.

Meskipun perintah kawalan pergerakan fasa kedua sedang dijalankan, kerajaan masih bimbang tentang kenaikan angka pesakit yang disahkan positif.

Kebimbangan ini secara tidak langsung mendorong kepada penciptaan ZullDesign Autotronic sehingga mendapat pujian netizen.

Usaha ini juga kolaborasi bersama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Mesin ciptaan yang dihasilkan ini dijangka mampu mengelak penyebaran awal virus Covid-19 dan sebagai langkah pencegahan awal.

Rekaan mesin seperti terowong berkapasiti menyimpan cecair pembasmi kuman 50 galon dan 14 nozzle menyembur cecair serentak dalam satu masa. (Gambar Facebook)

Mesin yang diberi nama Virus Buster Nano Spray ini berfungsi sebagai mesin penyembur cecair pembasmi kuman dan sekaligus dengan adanya mesin ini mungkin bilangan pesakit akan berkurang pada masa akan datang.

Spesifikasi penghasilan mesin ini mampu memuatkan seorang dalam satu masa dan semburan automatik cecair pembasmi kuman akan disembur ke seluruh badan.

Kelengkapan pelaras masa yang tepat serta binaan yang kukuh, mesin ini boleh bertahan untuk jangka masa yang lama.

Rekaan mesin yang seperti terowong ini berkapasiti menyimpan cecair pembasmi kuman sebanyak 50 galon dan 14 nozzle yang menyembur cecair serentak dalam satu-satu masa.

Mesin keluaran yang pertama ditempatkan di Malakat Mall, Cyberjaya untuk kegunaan orang ramai. (Gambar Facebook)

Mesin keluaran yang pertama ditempatkan di Malakat Mall, Cyberjaya untuk kegunaan orang ramai.

Pada masa yang akan datang, mesin seperti ini perlu diletakkan di kawasan tumpuan orang ramai untuk bersama memerangi wabak Covid-19 yang semakin merebak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]