Prihatin… Polis Turki bantu warga emas beli barang dapur elak dijangkiti Covid-19

Bimbang warga emas dijangkiti Covid-19, polis di Turki hulurkan bantuan beli barang keperluan dapur.

Susulan kebimbangan dijangkiti wabak Covid-19 jika keluar daripada rumah, anggota polis di Turki mengambil inisiatif membantu warga emas di sana.

Perkongsian video di muat naik di Twitter milik StanceGrounded menunjukkan anggota polis datang ke rumah warga emas sebelum mencatat senarai barangan keperluan yang mahu mereka belikan.

Dengan ciapan, “Di Turki, pegawai polis melawat rumah orang tua dan bertanya kepada mereka apa yang mereka perlukan dan berbelanja untuk memastikan mereka selamat dan elak terkena wabak Covid-19,” tular di laman sosial.

Katanya tindakan itu dilakukan untuk melindungi dan menjaga komuniti.

Kisah penuh inspirasi itu menarik perhatian netizen yang juga berkongsi kebaikan anggota polis di Ireland.

Perkara yang sama juga dilakukan oleh anggota polis dengan membeli, menghantar barangan harian di rumah warga emas setelah dimuat naik di akaun Twitter Garda Info.

Menurut Twitter itu, “Foto unit kepolisan komuniti membantu warga emas. Kami berada di sini untuk membantu dalam apa jua keadaan.”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]