Sporting… Polis Andorra menari ‘Baby Shark’ hiburkan penduduk semasa ‘lockdown’

Polis di Andorra menari lagu ‘Baby Shark’ sebagai tanda terima kasih kepada penduduk tempatan yang patuh dengan arahan untuk duduk di rumah semasa lockdown.

Populariti lagu kegemaran kanak-kanak “Baby Shark” sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Tidak kiralah negara mana, tua atau muda pastinya semua mampu menghafal lirik lagu itu malah meniru gaya tariannya.

Baru-baru ni, tular di media sosial menunjukkan sekumpulan pegawai polis memainkan lagu popular ini daripada kereta mereka sambil menari dan ia berjaya mencuri hati ramai netizen.

Menurut Gulf Today, pihak polis di Andorra menari lagu “Baby Shark” ini sebagai tanda terima kasih kepada penduduk tempatan yang patuh dengan arahan untuk duduk di rumah semasa lockdown.

Bukan itu sahaja, mereka turut hiburkan kanak-kanak yang terpaksa duduk di rumah bersama keluarga sepanjang tempoh lockdown tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Andorra sebuah negara kecil yang terletak di antara Perancis dan Sepanyol.

Setakat ini, negara tersebut mempunyai 370 kes positif Covid-19 dan 8 kematian.

Pada 16 Mac lalu, kerajaan Andorra mengumumkan supaya semua kedai ditutup kecuali kedai makan dan farmasi dan melarang segala aktiviti seperti bersukan dan bersosial bagi mengurangkan penularan wabak itu.

Persembahan daripada pasukan polis Andorra ini mendapat pujian daripada netizen di seluruh dunia kerana berjaya menceriakan penduduk di saat-saat kritikal begini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]