Covid-19 ragut 3 nyawa, jangkiti 217 lagi

PUTRAJAYA: Sebanyak 3 kematian berkait Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 53 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan sebanyak 217 jangkitan baru dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah mangsa 3,333 orang sehingga kini.

Daripada jumlah kes baru itu, sebanyak 58 kes berkaitan dengan majlis perkahwinan yang dihadiri oleh individu yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur, dan 41 kes berkaitan dengan madrasah tahfiz di Hulu Langat, Selangor.

Sehingga kini, seramai 108 mangsa sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

“Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini.

Hisham juga mengesahkan 138 anggota kesihatan positif Covid-19 sehingga semalam. Siasatan setakat ini menunjukkan tiada kes berpunca daripada pengendalian pesakit Covid-19 di wad dan unit rawatan rapi.

Dalam pada itu, seramai 60 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan bilangan mangsa yang sembuh 827 orang sehingga kini.

Berikut penerangan tentang 3 mangsa yang meninggal dunia hari ini.