Tip elak bil elektrik melambung tinggi sepanjang tempoh PKP

Cabut plug jika tidak lagi memakainya untuk jimatkan caj bulanan bil elektrik. (Gambar AP)

Selari dengan arahan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk semua rakyat Malaysia kekal berada dalam rumah semasa musim penularan Covid-19 ini, pastinya ramai yang risau jika bil elektrik naik melambung.

Namun terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengelak bil anda dicaj tinggi.

Perlu sedar tahap penggunaan elektrik

Jika sebelum arahan perintah kawalan pergerakan di keluarkan, kebanyakan rumah kosong di siang hari.

Kini rumah menjadi tempat untuk berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti tidak kira waktu, ini kerana arahan tidak dibenarkan berada di luar rumah telah dilaksanakan.

Sudah semestinya dengan hanya menetap di rumah, tidak kira dewasa atau kanak kanak pastinya akan menggunakan tenaga elektrik lebih daripada kebiasaan.

Ada yang menggunakannya untuk mengecas telefon bimbit, bermain mainan secara atas talian, penyaman udara dihidupkan sepenuh masa dan sudah pasti televisyen yang sentiasa dipasang.

Dengan ini, pastinya penggunaan elektrik akan digunakan secara berlebihan dan akan mengakibatkan bil bulanan anda melambung.

Sehubungan itu untuk kurangkan bayaran bil elektrik, anda haruslah jimatkan penggunaan tenaga elektrik selagi boleh.

Jika tahu cara jimat elektrik yang betul, maka perbelanjaan bulanan dapat dikurangkan dan akan membantu memperbaiki aliran tunai ke arah lebih baik.

Cara jimat penggunaan elektrik

Secara umumnya, daripada sini kita akan belajar bagaimana untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

  • Penggunaan barang elektrik yang betul
  • Penggunaan suhu penghawa dingin ditetapkan ke 25-27 darjah celsius
  • Jangan kerap membuka pintu peti sejuk di rumah
  • Mengehadkan penggunaan televisyen
  • Mengehadkan penggunaan penghawa dingin
  • Jika menggunakan cerek elektrik, kurangkan memanaskan air dengan menyimpan air panas di dalam termos
  • Kurangkan penggunaan lampu di waktu siang dan lebihkan menggunakan cahaya matahari
  • Tutup suis alatan elektrik jika tidak digunakan seperti alat pengecas telefon bimbit, komputer riba, televisyen, microwave dan lain lain
  • Soket hendaklah dicabut jika tidak digunakan

Itu beberapa cara yang dapat dikongsi untuk menjimatkan penggunaan elektrik seharian di rumah anda ketika ini.

Jika anda dapat mengurangkan penggunaan, secara tidak langsung anda juga dapat mengurangkan jumlah bil elektrik bulanan anda.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]