Wajah gadis mirip ‘Munni Bajrangi Bhaijaan’ tular di media sosial

Wajah gadis ini hampir sama dengan Harshali Malhotra yang memegang watak sebagai Munni dalam filem Bajrangi Bhaijaan. (Gambar Twitter)

Filem bollywood kegemaran seisi keluarga “Bajrangi Bhaijaan” merupakan antara filem yang berjaya membuatkan penonton mengalirkan air mata.

Lakonan mantap daripada Salman Khan, Kareena Kapoor dan Harshali Malhotra itu juga menjadi perhatian dalam filem itu.

Lebih menarik lagi, watak cilik Munni hasil lakonan Harshali Malhotra itu memberi kesan yang sangat mendalam sehingga berjaya membuatkan penonton berasa sedih dan tercuit hati dengan aksinya.

Namun, katanya ada orang Malaysia yang mempunyai wajah sama dengan pelakon cilik dari Bollywood ini?

Aksi gadis ini dirakam menerusi aplikasi Tik Tok menjadi tular dan ramai percaya ia Munni. (Gambar Twitter)

Di laman Twitter, tular satu video TikTok dimana memaparkan seorang gadis yang bertudung labuh dan dikatakan menyerupai Munni dalam filem tersebut.

Video berdurasi 15 saat ini berjaya meraih 27,800 ulang kicau dan juga lebih 52,000 tanda suka oleh netizen di laman Twitter.

Ramai juga mengakui yang raut wajah gadis tersebut sememangnya serupa seperti Munni.

Bila dilihat di ruangan komen, ramai yang dilihat meninggalkan komen pujian dan memuji kecantikan gadis tersebut, malahan ada juga yang tidak menafikan bahawa gadis itu mirip Munni.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]