Wow… Contohi cara Korea Selatan buat ujian saringan Covid-19 elak bazir PPE

Sebuah pondok khas dibina untuk lakukan ujian, mereka hanya perlu tukar sarung tangan yang digunakan dan sanitasi pondok selepas ujian. (Gambar Facebook)

Berikutan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di Malaysia, jumlah kelengkapan Personal Protective Equipment (PPE) juga semakin berkurangan.

Tidak dinafikan banyak juga pihak yang prihatin dengan menjahit PPE dan sumbangkannya kepada frontliners kita.

Alhamdulillah, majoriti rakyat Malaysia bekerjasama untuk membantu.

Namun apa yang dilakukan oleh Korea Selatan wajar dipertimbangkan oleh Malaysia jika mahu elak daripada pembaziran PPE.

Menurut pengguna Facebook, Ray Sunghwa Woo, Korea Selatan membina sebuah pondok khas untuk ujian tersebut.

Difahamkan, mereka akan disinfeksi booth tersebut setiap kali selepas satu-satu ujian dilakukan.

Jadi, petugas kesihatan tidak perlu menukar alat kelengkapan PPE mereka untuk setiap pesakit.

Mereka hanya perlu menukar sarung tangan yang digunakan jadi pembaziran dapat dielakkan.

Mungkin Malaysia juga boleh cuba cara yang sama memandangkan jumlah pesakit sudah mencecah lebih 3,000 kes.

Bagaimanapun difahamkan kubikel ujian Covid-19 dengan konsep yang sama juga dilaporkan sedang dibangunkan oleh sekumpulan petugas kesihatan dengan kerjasama jurutera dan arkitek tempatan.

Projek yang dinamakan Projek 13S Cubicle dibuat oleh Kumpulan Facebook, “Ini Sains Beb”, Pertubuhan Medical Mythbusters Malaysia dan Klinik Awfa KotaSAS.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]