Harga cekik darah… Buat aduan melalui ‘Check Scammers CCID’ elak ditipu harga topeng dan sanitizer

Pengguna boleh membuat semakan menggunakan CCID PDRM.

Kerajaan sudah bersetuju menurunkan harga siling bagi topeng hidung dan mulut kepada RM1.50 sekeping, berbanding RM2 seperti diumumkan sebelum ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan akan terus mengkaji harga siling itu dari semasa ke semasa dan mengumumkan kadar baru sekiranya berlaku penurunan harga import topeng.

Namun, masih ramai dalam kalangan peniaga khususnya peniaga secara atas talian atau online mengambil langkah mudah dengan menjual topeng dan sanitizer pada harga yang mahal.

Jadi, sebelum anda membeli pastikan anda semak dahulu status penjual tersebut supaya tidak tertipu!

Banyak iklan-iklan atas talian yang menjual topeng dan sanitizer gagal mematuhi perkara ini.

Orang ramai boleh memuat turun Check Scammers CCID bagi membuat pengesahan barang dan harga siling barangan tersebut.

Sebagai pengguna, anda berhak mengetahui hal ini agar tidak berlaku sebarang penipuan ketika urus niaga dijalankan.

Layari aplikasi yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil atau juga dikenali sebagai CCID PDRM ini untuk mendapatkan pengesahan nombor akaun dan status online seller ini.

Sebagai pengguna, amatlah penting untuk anda meneliti barang terkawal yang ingin dibeli.

Aplikasi menggunakan WhatsApp juga disediakan.

Jika anda berurusan dengan pihak yang memberi nombor akaun bank, pastikan anda membuat semakan akaun bank online seller di laman web ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Manakala bagi anda yang berurusan dengan online seller di laman perniagaan online, anda boleh semak status online seller di http://biztrust.ssm.com.my

Check scammers CCID boleh bantu

Apa yang memudahkan lagi, orang ramai boleh memuat turun Check Scammers CCID bagi membuat pengesahan barang dan harga siling barangan tersebut.

Memang sangat mudah, guna aplikasi Whatsapp pun boleh.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]