Menarik… Majlis konvokesyen di Jepun guna robot

Majlis konvokesyen di Tokyo menggunakan robot bagi menggantikan graduan. (Gambar Twitter)

Seperti yang semua sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah masuk ke fasa ke-2.

Segala aktiviti yang melibatkan ramai orang tidak dibenarkan sama sekali.

Antara aktiviti yang melibatkan ramai orang seperti konvokesyen.

Namun apa yang dilakukan sebuah universiti di Jepun boleh dianggap kreatif kerana mengambil pendekatan dengan memilih robot sebagai pengantaraan bagi menggantikan graduan pada majlis konvokesyen.

Ia sebagai langkah pro aktif bagi mengekang penularan wabak Covid-19 daripada terus menular.

Menerusi akaun Twitter milik @aku_orang_apa Business Breakthrough University (BBT University) menganjurkan majlis konvokesyen pada 28 Mac di sebuah hotel di Chiyoda, Tokyo.

Beberapa keping gambar menunjukkan satu majlis konvokesyen guna video call di Jepun.

Memang lain macam betul pemikiran orang Jepun tapi bagus juga sebab tak libatkan ramai orang. Student pun tak payah datang. Yang penting semua selamat.

Robot itu mempunyai skrin paparan yang menunjukkan wajah 4 graduan dan tangan yang bersedia menerima sijil bagi pihak graduan.

Majlis konvokesyen guna ‘video call’ malah robot itu memakai jubah dan topi graduasi. (Gambar Twitter)

Robot juga memakai jubah dan topi graduasi.

Para siswazah yang lain turut mengambil bahagian dalam majlis tersebut melalui aplikasi Zoom di mana mereka dapat menghantar komen dalam masa sama menyatakan perasaan mereka pada majlis tersebut.

Dalam perkongsian video yang tular di laman sosial, dapat dilihat apabila para graduan hanya perlu menjawab panggilan video dan melihat sendiri robot tersebut mengambil sijil mereka daripada dekan.

Perkara tersebut bukan sahaja dilihat begitu kreatif dan inovasi malahan membantu mahasiswa bergraduasi pada tempoh waktu yang ditetapkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]