Wow… ‘Kek korona’ dihasilkan di Selatan Gaza viral, dapat permintaan tinggi

Kek korona mendapat permintaan tinggi selepas viral di media sosial. (Gambar Twitter hassaneslaye)

Memandangkan ketika ini tengah musim wabak Covid-19, jadi apa sahaja yang melibatkan nama atau idea koronavirus itu pasti akan menjadi tumpuan ramai.

Itulah yang berlaku terhadap seorang pembuat kek, Eyad Abu Rezqa yang mendapat idea untuk meningkatkan kesedaran awam berkaitan pandemik Covid-19 melalui kek yang dihasilkan.

Pemilik kedai kek dan roti Al-Nada di selatan Gaza itu menghasilkan “kek korona” iaitu kek yang dihias dengan imej wanita mengenakan penutup muka berwarna biru, bertujuan mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan penjarakan sosial.

Katanya, dia meletakkan gambar kek berkenaan di media sosial dan sejak itu dia menerima tempahan setiap hari.

“Ia menarik perhatian orang ramai. Setiap hari permintaan terhadap kek ini meningkat.

“Kakitangan kami juga mengenakan sut keselamatan bagi menghasilkan kek ini,” katanya.

Katanya, penghasilan kek itu bukanlah untuk mengambil kesempatan terhadap pandemik yang mengancam nyawa penduduk dunia itu sebaliknya ia sebagai sumbangannya dalam memberi kesedaran kepada masyarakat.

Sehingga kini, Gaza mencatatkan 12 kes positif Covid-19.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]