Bantu sebenarnya… Shah Rukh Khan jadikan pejabatnya tempat kuarantin pesakit Covid-19

Shah Rukh Khan menyangkal dakwaan netizen tidak hulurkan bantuan kepada kerajaan India dalam perangi Covid-19. (Gambar fail)

Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan baru-baru ini dikecam netizen kononnya tidak membantu masyarakat di India mengatasi penularan wabak Covid-19.

Namun akhirnya semua terjawab apabila Shah Rukh Khan atau SRK menunjukkan bukti dia turut serta dalam misi bantuan tersebut.

Menurut laporan The Daily Star, SRK mendedahkan dia menghulurkan sumbangan kepada masyarakat di beberapa negeri dan menjadikan pejabatnya sebagai tempat kuarantin pesakit Covid-19.

SRK dan isteri, Gauri Khan mengubah pejabat 4 tingkat milik mereka menjadi lokasi menempatkan individu perlu dikuarantin tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Usaha pasangan ini disambut baik oleh pemerintah di Kota Mumbai yang turut berterima kasih atas tindakan mulia pelakon ini.

“Kami berterima kasih kepada SRK dan Gauri Khan kerana menawarkan bangunan pejabat mereka bagi ruang untuk kuarantin.

“Ini boleh digunakan untuk pelbagai keperluan termasuklah pesakit kanak-kanak, wanita dan orang tua,” kata wakil Brihanmumbai Municipal Corporation (BMC) di Twitter.

Selepas pendedahan itu, rata-rata peminat memuji tindakan Shah Rukh Khan dan berharap lebih ramai selebriti membantu menghulurkan sumbangan ketika negara mereka sedang berdepan wabak yang boleh membawa maut ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]