Enggan pakai topeng, ancam guna pisau punca warga emas ditembak mati polis Filipina

Pasukan tentera memeriksa suhu orang yang memasuki metropolis di sebuah pusat pemeriksaan di pinggir kota Quezon, Filipina. (Gambar AP)

Nampaknya Filipina tidak sekadar “bercakap kosong” mengenai hukuman “tembak mati” kepada rakyat mereka yang ingkar arahan “lockdown”.

Paling menyedihkan mangsanya seorang warga emas yang dipercayai ditembak mati di pos pemeriksaan Covid-19 Filipina selepas dikatakan ingkar perintah tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kerana warga emas itu tidak memakai topeng dan telah melawan teguran yang diberikan oleh pihak polis di tempat kejadian.

Warga emas tersebut menyerang pihak polis dengan menggunakan pisau cukur sebelum ditembak mati

Pada awalnya, pihak polis dikatakan hanya memberi amaran keras kepadanya, tetapi apabila lelaki yang berusia 64 tahun yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk itu bertindak sehingga boleh mengancam orang awam dan pihak polis, mereka mengambil keputusan untuk menembak warga emas tersebut.

Suspek itu diingatkan oleh pekerja kesihatan kerana tidak memakai topeng.

Tetapi suspek marah sambil mengucapkan kata-kata yang kurang elok dan akhirnya menyerang anggota menggunakan pisau cukur.

Menurut sumber, warga emas itu ditembak mati oleh seorang pegawai polis yang dikatakan sedang cuba menangkapnya.

Ini kes pertama yang dilaporkan sejak Filipina mengeluarkan arahan keras dalam membendung penyebaran wabak Covid-19.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]