Peguam gesa senarai Covid-19 sebagai penyakit berjangkit

Peguam berkata, tidak menyenaraikan Covid-19 di bawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit boleh menyebabkan kerajaan disaman untuk tuntutan ganti rugi.

GEORGE TOWN: Dua pakar undang-undang menimbulkan persoalan mengenai Covid-19 yang tidak disenaraikan sebagai penyakit berjangkit di bawah undang-undang kawalan kawalan penyakit.

Mereka berkata, tidak menyenaraikan virus itu di bawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit boleh menimbulkan persoalan mengenai kesahihan pengawalan berkaitan, termasuk perintah kawalan pergerakan (PKP).

Peguam Gurdial Singh Nijar berkata, akta itu mengandungi senarai “mana-mana jangkitan mikrob mengancam nyawa” antara 30 penyakit berjangkit di bawah undang-undang itu.

Bagaimanapun, katanya, lebih baik menyenaraikan Covid-19 secara khusus sebagai penyakit berjangkit terjadual.

Beliau berkata, penyakit koronavirus Sindrom Pernafasan Timur Tengah atau MERS-CoV, disenaraikan pada 2016 dan perkara sama perlu dilakukan untuk Covid-19.

Katanya, menyenaraikan Covid-19 dapat mengelakkan pertikaian pada masa depan yang undang-undang itu tidak terpakai kepada jangkitan virus itu.

Beliau berkata, terpulang kepada kerajaan untuk menyatakan Covid-19 jelas termasuk dalam Jadual Pertama 30 penyakit berjangkit.

Bagaimanapun, individu didakwa melanggar akta atau peraturan itu boleh mempertikaikan tafsiran lebih memihak kepada tertuduh patut wujud.

Gurdial berkata, Singapura dan United Kingdom sudah menyenaraikan Covid-19 dalam undang-undang mereka secara khusus.

Pakar undang-undang perlembangaan, Shad Saleem Faruqi berkata pengecualian Covid-19 daripada akta itu perlu dikaji segera.

Katanya, individu yang didakwa melanggar PKP boleh mencabar kerajaan dan menuntut ganti rugi dengan berkata mereka tidak patut dikuarantin kerana Covid-19 tidak disenaraikan sebagai penyakit berjangkit terjadual.

“Penyelesaiannya ialah menyenaraikan Covid-19 dalam jadual itu.”

FMT cuba menghubungi Kementerian Kesihatan dan Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan komen mereka.