1 korban Covid-19, pernah hadir himpunan agama di Sulawesi

PUTRAJAYA: Sebanyak 1 kematian jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 63 orang.

Kematian kali ini yang pertama melibatkan mangsa yang mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan keagamaan di Sulawesi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 170 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini berbanding 131 semalam, menjadikan jumlah mangsa 3,963 orang sehingga kini.

Dalam pada itu, sebanyak 80 kes sembuh, menjadikan bilangan pesakit yang sembuh 1,321 orang sehingga kini.

Sehingga kini sebanyak 2,579 kes masih dirawat. Sekarang ini, seramai 92 pesakit Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi.

“Daripada jumlah tersebut, 50 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media hari ini.

Berikut keterangan mengenai mangsa yang meninggal dunia: