Wanita timang cahaya mata ke-22 disaat dunia bergelut lawan Covid-19

Sue mula melahirkan anak pertama sejak berumur 14 tahun dan kini anak sulungnya berusia 30 tahun.

Di saat semua orang berdepan kerisauan wabak Covid-19, seorang wanita selamat melahirkan bayinya yang ke-22 baru-baru ini.

Berusia 45 tahun, Sue Radford mengakui agak risau untuk kelahiran kali ini memandangkan hospital dipenuhi dengan pesakit virus merbahaya itu.

Namun, dia selamat melahirkan bayinya sekaligus dinobatkan sebagai keluarga paling besar di Britain.

“Saya lebih takut untuk ke hospital disebabkan virus yang ada sekarang.

“Saya juga risau bayi ini tidak dibenarkan bersama saya.

“Ia kelahiran paling pelik saya pernah rasa, tapi ia pengalaman paling menyeronokkan,” kata wanita itu seperti dilaporkan thesun.co.uk

Sue melahirkan anaknya yang ke 22 dalam keadaan membimbangkan kerana hospital dipenuhi pesakit Covid-19.

Sue yang sudah menghabiskan 800 minggu sepanjang hayatnya untuk hamil berjanji ini merupakan bayi terakhirnya.

Sue dan suaminya, Noel, 49, menerima bayi pertama mereka sewaktu dia berumur 14 tahun.

Anak sulung, Christopher kini berusia 30 tahun dan sudah mempunyai dua cahaya mata.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]