5 jalan di PJ ditutup, 3 sekatan jalan raya Jumaat ini

Terdapat 3 sekatan jalan raya dan penutupan 5 jalan di sekitar Petaling Jaya, Jumaat ini.

PETALING JAYA: Polis mengadakan 3 sekatan jalan raya (SJR) dan menutup 5 jalan di sekitar Petaling Jaya susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki fasa ke-2.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal dalam satu kenyataan berkata, tindakan proaktif itu bertujuan menyedarkan masyarakat untuk lebih mematuhi PKP.

Penutupan jalan susur dan simpang akan dibuat secara berperingkat di lokasi berikut bermula 10 April ini:

  1. SJR KM0.3 Lebuh Raya Sprint menghala tol Damansara
  2. SJR Persiapan Surian Pelangi Damansara kedua-dua arah.

Penambahan SJR untuk PKP Fasa ke-2 adalah seperti berikut:

  1. Jalan PJU 7/1 Mutiata Damansara (MRT Mutiara Damansara) di kedua-dua arah.

Terdapat 5 lokasi penutupan jalan laluan ke Mutiara Damansara, Damansara Perdana dan Flora Damansara bermula 10 April ini:

  1. Penchala Link Arah Damansara susur ke Mutiara Damansara/ Damansara Perdana
  2. LDP susur masuk ke Mutiara Damansara/ Damansara Perdana
  3. LDP susur masuk ke Jalan PJU 8/8 Flora Damamsara
  4. Susur keluar ke Jalan PJU 7/8 (IKEA)
  5. Lampu isyarat Jalan PJU 8/1 Damansara Perdana susur Penchala Link/ Kepong.

Laluan alternatif keluar dari kawasan Mutiara Damansara, Damansara Perdana dan Flora Damansara adalah melalui:

  1. Dari Damansara Perdana ke Penchala Link melalui Jalan PJU 7/9 Mutiara Damansara (BHP)
  2. Dari Damansara Perdana ke Persiaran Surian melalui Jalan PJU 7/1 Mutiara Damansara

Bagaimanapun, Ezanee berkata laluan ini masih boleh dilalui oleh ambulan, bomba, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan PDRM.