Kuantan daerah terbaru disenarai zon merah Covid-19
Senarai terbaru itu menjadikan jumlah zon merah di seluruh negara setakat ini 24.
PETALING JAYA: Daerah Kuantan di Pahang disenaraikan sebagai zon merah Covid-19 berdasarkan statistik terbaru diumumkan hari ini
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyenaraian daerah terbaru di Pahang itu menjadikan jumlah tekini zon merah sebanyak 24 kawasan.
“Zon merah bertambah menjadi 24 mengikut statistik terbaru. Daerah terbaru zon merah ialah Kuantan
“Teruskan duduk di rumah, amalkan penjarakan sosial dan tingkatkan penjagaan kebersihan diri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook KKM.
Daerah Kuantan setakat hari ini mencatatkan jumlah positif Covid-19 sebanyak 43 kes, melebihi angka 41 kes untuk dikategori sebagai zon merah.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Kawasan lain yang tutut dikategorikan sebagai zon merah, ialah Lembah Pantai, Petaling, Hulu Langat, Kepong, Cheras, Titiwangsa, Gombak, Sepang, Putrajaya, Klang, Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Hilir Perak, Kinta, Kota Bharu, Tawau, Kuching, Kota Samaran, Jerantut, Seremban, Rembau dan Jasin.