Selepas Corona dan Covid, kini petani di India namakan anak ‘Lock Down’

Pasangan petani di India memilih nama anak mereka ‘Lock Down’ bagi memperingati peristiwa ‘berkurung’ di seluruh dunia bagi menangani krisis Covid-19.

Selepas tular di media sosial satu pasangan di India menamakan anak kembar mereka Corona dan Covid, satu lagi pasangan menamakan anak yang dilahirkan berkaitan dengan situasi yang melanda satu dunia ketika ini.

Pasangan petani di daerah Madhya Oradesh Sheopur, India menamakan bayi laki mereka “Lock Down”.

Difahamkan nama ini diberi sempena mengingati perintah kawalan yang mereka hadapi sekarang.

Raghunath Mali dan isterinya berusia 24 tahun bersetuju untuk menamakan “Lock Down” pada anak laki yang baru sahaja dilahirkan.

“Isteri saya melahirkan bayi lelaki Isnin lalu dan apabila ditanya apakah namanya ketika mendaftar kelahirannya, kami bersetuju dengan memilih ‘Lock Down’.

“Seluruh negara ketika ini bersatu menangani krisis Covid-19 dan tentunya ia akan menjadi ingatan, sebab itu jugalah kami menamakan anak kami ‘Lock down’,” kata Raghunath seperti dilaporkan indiatoday.in

Ketika ini Perdana Menteri India, Narendra Modi menetapkan 21 hari “lock down” untuk mencegah penularan wabak Covid-19.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]