Banyak akal… Pelbagai gelagat anak kecil hendak keluar rumah menyamar jadi ‘baby shark’

Jalen Feimster berusaha untuk mengaburi ibunya, Christine yang berada di luar rumah dengan memakai kostum berkenaan dengan harapan dapat menyamar menjadi baby shark. (Gambar Facebook)

Semua orang di seluruh dunia ketika ini mengambil peranan penting dalam membendung wabak Covid-19 terutama sekali ibu bapa.

Ibu bapa harus memantau aktiviti dan pergerakan anak-anak mereka supaya terus kekal berada di rumah, elakkan mereka untuk bermain di luar rumah apa lagi berjumpa dengan orang luar.

Namun, ada satu situasi yang melucukan berlaku di Louisiana, Amerika Syarikat dimana seorang kanak-kanak lelaki menyamar dengan memakai kostum baby shark untuk curi-curi keluar rumah bertemu dengan kawannya, seperti yang dilaporkan Metro.co.uk.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Jalen Feimster itu berusaha untuk mengaburi ibunya, Christine yang berada di luar rumah itu dengan memakai kostum berkenaan dengan harapan dapat menyamar menjadi baby shark.

Tindakan Jalen hampir berjaya sebelum ibunya menyedari kanak-kanak yang memakai kostum itu merupakan anaknya sendiri.

Menurutnya melalui posting di Facebook, dia tertarik dengan satu perkongsian gambar kanak-kanak yang memakai kostum baby shark di kawasan kejiranannya.

Dia sedia maklum bahawa kostum itu juga dimiliki oleh anak lelakinya itu dan dia tersedar bahawa kanak-kanak yang berada di dalam kostum itu ialah anaknya.

Pada hari kejadian, dia menyangka anaknya itu masih bermain di garaj kereta tapi sebenarnya tak, malah anaknya memakai kostum itu dan berjalan ke kawasan kejiranan supaya dapat menjenguk kawan-kawannya.

Anak lelaki itu selalu bertanya, adakah dia boleh keluar bermain bersama dengan kawan-kawannya namun si ibu tetap melarang anaknya untuk keluar rumah memandangkan wabak Covid-19 semakin merebak di seluruh tempat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]