Tolonglah… Sanitize tangan bukannya skrin mesin ATM

Perkongsian mendedahkan akibat sikap paranoid sesetengah orang menyebabkan mereka tuang sanitizer ke atas skrin ATM hingga ia rosak. (Gambar Facebook)

Penularan wabak Covid-19 sememangnya boleh menyebabkan orang ramai panik dan paranoid.

Semua takut jika mereka dijangkiti sebab itu kena guna hand sanitizer dan topeng.

Kalau boleh, setiap kawasan yang dikunjungi ingin sahaja disimbah dengan cecair pembasmi kuman agar perasaan panik itu tidak muncul dalam diri.

Tahukah anda, sebenarnya hand sanitizer yang anda miliki hanya boleh digunakan untuk membasmi kuman di tangan anda sahaja

Namun, ada sesetengah orang menggunakan hand sanitizer di beberapa peralatan yang tidak boleh dibersihkan sesuka hati seperti mesin pengeluaran wang, ATM.

Bukan sahaja tidak menghapus kuman bahkan merosakkan skrin tersebut pula.

Menurut seorang pengguna Facebook, Ishak Abu Jamin yang berkongsi tentang kesilapan orang ramai yang tidak tahu tentang bahaya meletakkan hand sanitizer di permukaan skrin.

Katanya terdapat beberapa mesin ATM yang rosak dan perlu dibaiki akibat sikap pengguna yang gemar membersihkan permukaan skrin mesin terbabit dengan sanitizer.

Menurut Ishak ada menerima aduan daripada kawannya yang bertugas sebagai juruteknik ATM yang mengatakan sudah banyak skrin ATM yang perlu dibaiki atas sikap segelintir masyarakat yang “terlalu” berjaga-jaga ketika musim Covid-19 ini.

Bahan yang terkandung dalam hand sanitizer mengandungi kandungan alkohol yang tinggi.

Kandungan alkohol ini boleh merosakkan komponen dalam mesin ATM.

Memadai sekiranya seseorang itu mencuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas menggunakan mesin ATM.

Ataupun, gunakan hand sanitizer pada tangan sebelum dan selepas selesai membuat urusan di mesin ATM.

Jika anda masih berasa tidak selamat, sudah tiba masanya untuk anda membuat sebarang pembayaran secara cashless.

Lebih selamat dan anda tidak perlu rasa was-was lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]