Jumlah kes Covid-19 di Singapura lepasi 11,000

Asrama pekerja asing [email protected] antara lokasi yang dijadikan kawasan pengasingan. (Gambar AP)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan 1,037 kes baru Covid-19 hari ini, menjadikan keseluruhan 11,178 orang dijangkiti virus itu di negara berkenaan setakat ini.

Katanya, majoriti kes baru itu ialah pekerja asing yang tinggal di asrama, dengan ramai daripadanya sedang menjalani kuarantin atas arahan kerajaan akibat penularan beramai-ramai.