Pasangan di Michigan kehilangan satu-satunya anak perempuan disebabkan Covid-19

Skylar dipercayai pesakit termuda di Michigan yang meninggal dunia kerana wabak Covid-19. (Gambar Facebook)

Kehilangan satu-satunya anak perempuan pastinya sangat menyedihkan bagi mana-mana pasangan.

Apatah lagi kematian kanak-kanak itu selepas disahkan dijangkiti Covid-19.

Skylar Herbert, 5, yang juga anak kepada pasangan pegawai polis dan ahli bomba itu meninggal dunia Ahad lalu.

Kanak-kanak berkenaan dipercayai merupakan pesakit Covid-19 termuda di Michigan yang meninggal dunia kerana wabak berbahaya tersebut.

Menurut laporan Metro.co.uk ibu Skylar, LaVondria seorang pegawai polis veteran yang berkhidmat selama 25 tahun, sementara bapanya Ebbie bekerja sebagai ahli bomba selama 18 tahun, dengan kedua-duanya berisiko tinggi dijangkiti wabak itu kerana pekerjaan mereka.

Sehingga kini masih tidak jelas bagaimana Skylar dijangkiti, walaupun kedua-dua ibu bapanya berkemungkinan mengalami gejala wabak tersebut.

Ebbie baru-baru ini pulih daripada radang paru-paru dan demam, manakala LaVondria pula kehilangan deria rasa di mana ia mungkin merupakan gejala Covid-19.

Sklylar jatuh sakit pada bulan lalu selepas mengadu sakit kepala.

Dia kemudiannya menghidap meningitis yang jarang berlaku, di mana otaknya membengkak.

Kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhirnya dua minggu selepas bergantung kepada ventilator.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]