4,072 ditahan ingkar PKP di Selangor sejak 18 Mac

Sebanyak 71,368 kenderaan diperiksa di sekatan jalan di Selangor dalam tempoh 24 jam lalu.

PETALING JAYA: Seramai 58 rakyat Malaysia dan 49 warga asing ditahan di Selangor semalam kerana mengingkari perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata ini menjadikan keseluruhan tangkapan meningkat kepada 4,072 orang di negeri itu membabitkan 2,392 warganegara Malaysia dan 1,680 warga asing sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

“Situasi keselamatan di Selangor masih aman dan selamat. Tahap pematuhan di Selangor ketika ini 92.5%,” katanya pada sidang media Ops Covid-19 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Beliau berkata, jumlah kenderaan yang berada di jalan raya semakin meningkat dengan 71,368 kenderaan diperiksa di sekatan jalan dalam tempoh 24 jam lalu.