
Sebelum ini tersebar pelbagai spekulasi berhubung kolaborasi antara Lady Gaga dengan kumpulan terkenal K-Pop Blackpink.
Dan akhirnya penyanyi Lady Gaga mengesahkan kolaborasi itu menerusi album terbarunya, Chromatica.
Menerusi laman Twitter, Lady Gaga memberitahu album terbarunya ini menampilkan 16 lagu dan turut mengundang penyanyi lain iaitu Ariana Grande, Blackpink dan Elton John.
Perkongsiannya itu turut menarik perhatian peminat apabila tertera kolaborasi bersama Blackpink dalam lagu Sour Candy.
Sebelum ini, peminat seakan-akan sudah menduga akan adanya kerjasama di antara 2 penyanyi ini, namun pihak pengurusan Blackpink iaitu YG Entertainment tidak mengesahkan atau menafikan khabar angin itu.

Album terbaharu Lady Gaga ini sepatutnya dilancarkan pada 10 April lalu, namun terpaksa ditunda kerana penularan wabak Covid-19.
Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada tarikh baharu pelancaran album berkenaan.
Dalam pada itu, pihak pengurusan Blackpink turut mengesahkan mengenai kolaborasi tersebut.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]