Aplikasi MySejahtera KKM bolehkan anda tahu kawasan ‘hot spot’ & ‘update’ terkini Covid-19

5 sebab kena install aplikasi MySejahtera KKM

Tak kiralah sama ada kita bertugas sebagai frontliner atau duduk di rumah, seluruh rakyat Malaysia memainkan peranan tersendiri dalam memastikan kita mampu memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Sehubungan itu, Kerajaan dengan kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membangunkan sebuah aplikasi yang amat berguna untuk kita install di telefon bimbit masing-masing.

Apakah aplikasi MySejahtera?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu KKM mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Berikut 5 sebab kenapa kita sebagai rakyat Malaysia perlu install aplikasi MySejahtera ini di telefon bimbit masing-masing.

5 sebab kita kena download aplikasi MySejahtera KKM

Penggunaan Aplikasi MySejahtera dapat membantu rakyat Malaysia mengekang wabak ini dengan lebih efektif.

Berikut 5 sebab kenapa kita perlu install aplikasi MySejahtera ini:

  1. Mengetahui risiko mereka terhadap COVID-19 dengan melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan isi rumah dari semasa ke semasa
  2. Mendapatkan panduan mengenai tindakan yang perlu dilaksanakan sekiranya diklasifikasikan sebagai individu berisiko jangkitan COVID-19.
  3. Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.
  4. Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang COVID-19 di Malaysia dan seluruh dunia.
  5. Mengetahui dan mencari ‘Hot Spot’ COVID-19 di sekitar mereka.

Di mana boleh download aplikasi MySejahtera KKM?

Aplikasi MySejahtera KKM ini boleh dimuat turun di Google Play, App Store, dan AppGallery.

Tekan pautan ini untuk capaian terus :

Cara daftar apps MySejahtera di telefon bimbit

Untuk mendaftar, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Langkah 1: Pilih mana-mana Apps Store atau klik pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my
  • Langkah 2: Masukkan nombor telefon bimbit anda atau alamat e-mel anda
  • Langkah 3: Tekan ‘Hantar’. Anda akan menerima one time pin (OTP) melalui SMS daripada MySMS 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau emel (jika mendaftar menggunakan emel)
  • Langkah 4: Masukkan OTP yang diterima dan tekan ‘Hantar’
  • Langkah 5: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan ‘Hantar’. Anda akan mendapat mesej ‘Pendaftaran Berjaya’
  • Langkah 7: Muat turun aplikasi MySejahtera dan log masuk

Maklumat lanjut

Buat makluman semua, aplikasi ini dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan diuruskan oleh KKM sebagai pentadbir aplikasi dengan dibantu oleh MKN dan MAMPU.

Oleh itu, kerajaan beri jaminan bahawa maklumat peribadi anda akan digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak Covid-19 sahaja.

Maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain dan semua maklumat pesakit Covid-19 juga adalah terpelihara di bawah kerahsiaan maklumat rekod perubatan.

Jika anda perlukan sebarang bantuan teknikal, anda boleh menghantar email ke [email protected]

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]