Indonesia catat 436 kes baru harian tertinggi, keseluruhan lepasi 8,000

Penduduk menyaksikan operasi nyahjangkitan di lorong bagi membendung penularan Covid-19 di sebuah kawasan miskin di Jakarta. (Gambar AP)

JAKARTA: Indonesia mencatatkan jumlah kes positif harian tertinggi dengan 436 kes baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan 8,211 kes, menurut data disediakan pegawai Kementerian Kesihatan, Achmad Yurianto pada Jumaat.

Sebanyak 42 kematian dicatatkan hari ini, menjadikan semuanya 689 pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat virus itu setakat ini.