Kes Covid-19 di Singapura lepasi 12,000 dengan 897 kes baru

Jumlah kes Covid-19 di Singapura antara tertinggi di Asia selepas China, India dan Jepun. (Gambar AP)

SINGAPURA: Singapura mencatatkan 897 kes baru Covid-19 pada Jumaat, menjadikan keseluruhan 12,075 kes setakat ini.

Kementerian Kesihatan berkata, majoriti kes baru itu membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama, dengan ramai yang menjalani kuarantin atas arahan kerajaan.

Republik dengan 5.7 juta populasi itu kini ialah satu daripada kadar jangkitan tertinggi di Asia, menurut statistik rasmi, selepas China, India dan Jepun.