SpongeBob lengkap berbaju Melayu sampaikan ucapan salam Ramadan

‘Ramadan Mubarak from your favorite invertebrates!’ (Gambar Facebook)

Siri televisyen animasi, SpongeBob SquarePants merupakan antara animasi kartun popular yang kini ditayangkan menerusi siaran Nickelodeon.

Span yang tinggal dalam sebiji nenas bersama rakan karibnya, Patrick Star si tapak sulaiman merah jambu, mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan salam Ramadan kepada semua Islam yang menyambutnya menerusi akaun rasmi SpongeBob SquarePants.

“Ramadan Mubarak from your favorite invertebrates!”, tulisnya menerusi kapsyen.

Hantaran pada akaun rasmi seramai 51 juta pengikut ini mendapat lebih 68 ribu reaksi dengan ribuan komen dan share daripada peminat seluruh dunia.

Bagaimanapun ucapan itu bertukar menjadi perbalahan di Twitter apabila netizen mempertikaikan mengenai pakaian yang dipakai oleh kedua-dua watak kartun itu.

Persoalan yang dibangkitkan sama ada pakaian itu fesyen Indonesia atau Malaysia.

Ini kerana sesetengah orang berpendapat SpongeBob orang Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]