Wanita Thailand gantung diri kecewa tidak dapat beli susu anak kerana ‘lockdown’ Covid-19

Wanita Thailand jana pendapatan dengan jual yougurt namun kerana Covid-19 gantung diri kerana tidak mampu beli susu anak. (Gambar AP)

Sangat menyayat hati apabila ibu kepada 2 orang anak dipercayai menggantung dirinya di dalam bilik mandi selepas tidak dapat hendak beli susu anak akibat krisis Covid-19.

Wanita yang berumur 26 tahun yang dikenali sebagai Irada Lordpet ditemui oleh abangnya di bilik mandi dalam keadaan dirinya tergantung.

Lalu dia bergegas menghantarnya ke hospital tapi malangnya dia sudah meninggal dunia, lapor The Nation.

Menurut Somjit Siwai, ketua wanita Kampung Pao di mana tempat wanita ini tinggal, dia datang daripada keluarga yang miskin dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang berusia 6 tahun dan 6 bulan.

Malah lebih menyedihkan, wanita ini bercerai dengan suaminya.

Sebelum ini, dia menjana pendapatan dengan menjual yougurt namun akibat pandemik Covid-19 ini dia tidak dapat duit untuk melangsungkan kehidupan.

Ekoran daripada itu dia tidak dapat membayar bil-bil dan susu anaknya.

Sehubungan itu, wanita ini memohon supaya pinjamannya dilanjutkan dan memohon ketua wanita kampung itu hubungi pihak bank.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu, dia mendapat khabar berita daripada ibu wanita berkenaan yang anaknya sudah meninggal dunia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]